[VIDEO] Najib dipindah ke HRC untuk fisioterapi, kata Khairy
BEKAS perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) kerana memerlukan fisioterapi, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan itu juga menolak dakwaan bahawa Najib diberi layanan istimewa.
“Tiada layanan istimewa. Terdapat permintaan oleh timbalan pendakwa raya supaya prosiding ditangguhkan supaya Najib boleh menerima rawatan perubatan yang diperlukan.
“Susulan itu, beliau dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan untuk keadaan kesihatannya dan menjalani beberapa ujian,” katanya pada sidang media hari ini. – 21 September, 2022.
Komen