[VIDEO] PRU15 sekarang halang pembangkang terus burukkan BN, kata Zahid


PILIHAN Raya Umum ke -15 perlu diadakan segera supaya Pakatan Harapan (PH) tidak ada masa untuk memburukkan Barisan Nasional (BN), gesa Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam hantaran di Facebook, presiden Umno itu berkata pembangkang dan musuh BN mahukan PRU15 diadakan tahun depan kerana mereka mahukan masa untuk berkempen.

Tambahnya, BN tidak akan memberikan hayat politik terhadap PH dan musuh BN untuk memberikan mereka kelebihan menyelesaikan jelajah memburukkan BN hingga ke tahun depan. – 19 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen