[VIDEO] Sumpah baiah lebih hebat dari undang-undang lompat parti, kata Hadi
PELAKSANAAN sumpah baiah atau lafaz taat setia diamalkan PAS terhadap calon pilihan raya lebih terbaik berbanding undang-undang menghalang lompat parti, kata presidennya Abdul Hadi Awang.
Beliau memberitahu perwakilan parti, sumpah taat setia PAS itu sepatutnya diberi kepercayaan kerana lebih berkesan berbanding daripada undang-undang yang baru dimaktubkan.
Jelasnya, sumpah itu diwajibkan kepada pemimpin parti dan calon pilihan raya berdasarkan perlembagaan PAS yang menetapkan hukum Allah dan Rasul sebagai sumber tertinggi. – 3 September, 2022.
Komen