[VIDEO] PAS tak pejam mata ke atas rasuah demi kerjasama, kata Hadi


PAS tidak akan memejamkan mata ke atas perlakuan rasuah semata-mata untuk menjaga kerjasama politik dan menjamin jawatan, kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata tindakan mengabaikan prinsip itu salah dan berdosa dari segi agama Islam.

“PAS tidak memejamkan mata terhadap kemungkaran seperti rasuah, politik wang, politik mahu jawatan, salah laku dan salah urus, kerana meraikan kemungkaran semata-mata menjaga hati dan kepentingan yang salah

“Dan sehingga meninggalkan prinsip, adalah konsep ta‘awun (kerjasama) yang salah dan berdosa,” katanya dalam ucapan dasar dalam persidangan Muktamar di Alor Setar, Kedah. – 3 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen