[VIDEO] Hakim tegur peguam Rosmah mohon tangguh lagi
HAKIM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohammed Zaini Mazlan menegur peguam Rosmah Mansor yang mohon penangguhan hari ini bagi mendengar permohonan untuk hakim menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan perbicaraan kes rasuah projek hibrid solar.
Zaini berkata memandangkan peguam memfailkan sijil perakuan segera bersama permohonan itu pada 30 Ogos bagi mempercepatkan ia didengar, beliau sudah pun bersedia untuk mendengarnya.
Bagaimanapun, Zaini tidak gemar apabila ketua peguam bela Jagjit Singh memohon untuk permohonan itu ditangguhkan.– 1 September, 2022.
Komen