[VIDEO] Ratusan ribu rakyat enggan Najib Razak diampunkan Agong
SELEPAS Najib Razak dimasukkan ke penjara Selasa lalu, NGO Bersih melancarkan satu petisyen memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memperkenankan pengampunan diraja kepada bekas perdana menteri itu.
Dilancarkan semalam, telah memperoleh hampir 100,000 tandatangan setakat jam 10 pagi ini.
Mereka menyasarkan 150,000 tandatangan.
Bersih berkata Najib tidak layak diberikan pengampunan kerana beliau hanya memenuhkan tembolok sendiri dengan kekayaan negara tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat. – 26 Ogos, 2022.
Komen