[VIDEO] Najib mohon ketua hakim negara tarik diri dengar rayuan akhir


Hasmizar Hassan Syazwana Amir Fikri Ghazali Sumardi Susilo

NAJIB Razak mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas perdana menteri itu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan permohonan tersebut.

Beliau berkata salinan permohonan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc V. Sithambaram kemudian bangun dan berkata pihak pendakwaan belum menerima salinan permohonan yang sudah dimeteri, oleh itu sehingga ia diserahkan prosiding permohonan menarik diri itu tidak boleh dijalankan. – 23 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen