[VIDEO] Kami mahu keadilan untuk Najib, kata penyokong
MESKIPUN hujan lebat, ratusan penyokong Najib Razak sanggup menunggu bekas Perdana Menteri itu sejak pukul 7 pagi tadi di pintu belakang Istana Kehakiman.
Majoriti yang hadir merupakan ahli Umno dari kawasan Pekan.
Kira-kira enam buah bas dari Pekan, Pahang tiba sejakl 12.45 tengah malam tadi tiba di Putrajaya sekitar pukul 6 pagi.
Mereka berharap Najib mendapat keadilan dalam keputusan kes rasuah SRC International hari ini.– 23 Ogos, 2022.
Komen