[VIDEO] Tutup sekolah vernakular tak jamin sekolah kebangsaan berjaya, kata Dr Mahathir
PENUTUPAN sekolah vernakular hanya akan menimbulkan isu politik dan tidak menjanjikan kejayaan untuk sekolah kebangsaan, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, perhatian perlu ditumpukan untuk meningkatkan kualiti sekolah kebangsaan, kata ahli Parlimen Langkawi itu.
“Di sekolah Cina atau Tamil apa yang mereka boleh lakukan, bukan boleh menolong kejayaan kita, kalau mereka ada kita tak berjaya kalau mereka tidak ada pun kita tak berjaya.
“Apa yang didahulukan, apa yang boleh dibuat keutamaan adalah kita perbaiki sistem pelajaran kita dalam pendidikan kebangsaan.
“Soal ada atau tidak sekolah Cina dan lain-lain itu bukan keutamaan kita, sebaliknya ia akan menimbulkan macam-macam masalah politik,” katanya. – 28 Julai, 2022.
Komen