[VIDEO] Indeks persepsi rasuah global bukan fakta sebenar
INDEKS persepsi rasuah oleh badan pemantau antirasuah global Transparency International (TI) bukanlah gambaran sebenar situasi rasuah dalam sesebuah negara, kata Azam Baki.
“Malah TI sendiri kata ia (berdasarkan) persepsi,” kata ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
“Kalau saya hendak perincikan bukan semuanya berkait rasuah.
“Ia (kaji selidik) membabitkan isu hak asasi manusia, etika perniagaan dan sebagainya. Apa kena mengena dengan indeks persepsi rasuah?” soal beliau. – 21 Julai, 2022.
Komen