[VIDEO] Kumpulan pelajar bakal adakan protes inflasi lagi


Fikri Ghazali

Ekoran kegagalan kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup, sekumpulan pelajar sekali lagi mengancam turun ke jalan untuk melakukan protes.

Jawatankuasa Turun yang menganjurkan protes itu berkata mereka akan berhimpun pada pukul 2 petang di kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Mereka juga mempunyai lima tuntutan: gaji menteri dipotong, mengekalkan subsidi, mengawal harga barang, mengagihkan bantuan kepada rakyat, dan menyelesaikan isu keselamatan makanan.

Kumpulan itu kecewa tiada apa yang dilakukan Perdana Menteri Ismail Sabri meskipun sudah 22 hari Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi membuat tuntutan.– 21 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen