[VIDEO] Dakwa cuai isu waris Kesultanan Sulu, Rafizi harap Najib disiasat segera
MENDAKWA Najib Razak sebagai cuai sewaktu pemerintahan, Rafizi Ramli bersama pemimpin dan ahli PKR berharap bekas perdana menteri itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Hari ini, ahli PKR seluruh negara membuat laporan dibuat terhadap Najib Razak berkaitan tuntutan waris Sultan Sulu terhadap aset milik Petronas.
“Sudah tentu kuasa pendakwaan kita serahkan pada tangan pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Tapi paling kurang kalau sudah ada beratus laporan kecuaian, saya harap polis akan mengambil kenyataan daripada dia (Najib),” katanya yang membuat laporan
Laporan polis dibuat hari ini seawal pukul 11 pagi tadi, di mana Rafizi membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Setiawangsa bersama-sama ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas ahli Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah.
Sementara itu, ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil turut membuat laporan polis sama terhadap Najib di Balai Polis Pantai.
Ketua Angkatan Muda PKR Adam Adli juga turut membuat laporan sama bersama anggota sayap Pemuda PKR itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. – 19 Julai, 2022.
Komen