[VIDEO] Ekonomi Malaysia perlu tindakan radikal untuk pulih, kata MTEM
PUTRAJAYA perlu mengambil tindakan radikal untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengimbangi antara tumpuan kepada eksport dan perbelanjaan rakyat, kata Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman.
Katanya dua perkara ini perlu seimbang kerana tumpuan yang lebih ke atas eksport menyumbang kepada gaji yang rendah dan kebergantungan yang tinggi terhadap tenaga buruh asing.
“Langkah terbaik untuk kerajaan memastikan ekonomi sentiasa berkembang dan membangun adalah dengan mengubah secara radikal pendekatan ekonomi kita daripada terlalu fokus kepada pasaran eksport kepada fokus yang sama penting terhadap pasaran tempatan (perbelanjaan rakyat),” katanya kepada The Malaysian Insight. – 18 Julai, 2022.
Komen