[VIDEO] Putrajaya perlu mudahkan proses kerakyatan anak angkat, gesa Hannah Yeoh


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

PUTRAJAYA digesa segera memberikan kerakyatan kepada anak angkat yang mendapat perintah pengangkatan daripada mahkamah.

Hannah Yeoh, bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata walaupun mendapat perintah pengangkatan namun permohonan ibu bapa untuk mendapatkan kewarganegaraan bagi anak angkat mereka ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tanpa sebarang sebab.

“Permohonan pasangan ibu bapa yang memohon kewarganegaraan untuk anak angkat mereka menjadi isu yang tidak pernah berkesudahan,” kata ahli Parlimen Segambut itu kepada The Malaysian Insight. – 14 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen