[VIDEO] Sah! Wan Saiful bukan lagi pengerusi PTPTN
KETUA Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN.
Jelasnya di Facebook, beliau berkata telah memaklumkan akan meletak jawatan pada 17 Jun lalu.
Utusan sebelum ini melaporkan nama beliau tidak lagi berada dalam carta organisasi PTPTN.
Beliau dilantik sebagai pengerusi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018 sewaktu beliau menyertai Bersatu.
Bersatu kini antara parti yang menyokong kepimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan beberapa menteri Bersatu masih kekal dilantik. – 12 Julai, 2022.
Komen