[VIDEO] Tajuddin tak digugurkan sebagai duta Indonesia, kata sumber
TAJUDDIN Rahman masih memegang jawatan duta besar Malaysia ke Indonesia, kata sumber rapat Pejabat Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak digugurkan sebaliknya watikah pelantikannya belum dikeluarkan dan ditangguh.
Free Malaysia Today (FMT) petang semalam melaporkan nama Tajuddin tiada dalam senarai terbaharu penerima watikah pelantikan duta daripada Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Laporan memetik sumber itu menyebut kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin. – 12 Julai, 2022.
Komen