[VIDEO] 87 kes mahkamah tak jejas Zahid di Bagan Datuk, kata penyokong
KALANGAN penyokong Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk percaya 87 kes mahkamah dihadapinya tidak mencalarkan imej dan menjejaskan tugasnya sebagai ahli Parlimen kawasan itu.
Mereka berharap beliau tetap bertanding di situ dan tidak dihukum pengundi dalam pilihan raya umum akan datang kerana melihat presiden Umno itu cemerlang menjaga kawasan tersebut.
Pengundi yang ditemui The Malaysian Insight berpendapat, khidmat Ahmad Zahid di kawasan mereka tiada kaitan dengan kesnya yang sebahagiannya kini sedang dibicarakan di mahkamah. – 6 Julai, 2022.
Komen