[VIDEO] Penasihat 1MDB terima RM30,000 sebulan tapi tak pernah buat apa-apa
BEKAS ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Sidek Hassan berkata syarikat milik Kementerian Kewangan itu tidak pernah bersidang untuk satu mesyuarat pun sepanjang beliau berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.
Beliau merupakan saksi pendakwaan ke-19 memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan Najib Razak berhubung penyelewengan lebih RM12 bilion dana 1MDB.
Beliaa juga memberitahu mahkmaah selama lima tahun beliau tidak pernah menerima jemputan menghadiri mana-mana mesyuarat tahunan.
Beliau bagaimanapun mengakui walaupun tidak melakukan apa-apa sebagai penasihat namun beliau menerima pendapatan bulanan RM30,000. – 7 Jun, 2022.
Komen