[VIDEO] Lebih 16,000 bantah Tajuddin jadi duta besar ke Indonesia


Sumardi Susilo

LEBIH 16,000 orang mendesak kerajaan membatalkan pelantikan Ahli Parlimen Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar ke Indonesia.

Bantahan disuarakan melalui tandatangan petisyen dalam talian setakat 1 petang tadi.

Petisyen itu dilancarkan semalam oleh kumpulan Bangsa Malaysia, ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah. – 19 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen