[VIDEO] Harga barang naik lepas raya, kata peniaga, pengilang


Fikri Ghazali

SELEPAS sambutan Aidilfitri, Peniaga dan pengilang menjangkakan harga makanan, pakaian dan barang keperluan lain naik 10 hingga 15%.

Kenaikan ini tidak dapat dielakkan susulan kekurangan bahan mentah dan pelbagai faktor global, kata Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin.

Katanya pasaran biasanya kembali normal selepas cuti raya akibat jualan yang perlahan.

Namun berbeza bagi tahun ini kerana banyak industri kekurangan pekerja serta peningkatan kos pengangkutan dan bahan mentah.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA) Tan Thian Poh berkata harga pakaian juga akan naik susulan peruncit dan pengilang terpaksa menaikkan harga akibat tekanan kos operasi.– 10 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen