[VIDEO] Muda rebut Larkin kerana kerusi potensi menang


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali Syazwana Amir

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memilih untuk bertanding di DUN Larkin sebagai salah satu strategi untuk lebih banyak kerusi ditandingi, jelas pengasas bersama Muda Afiqah Zulkifli.

Percaturan Muda meletakkan ketua penerangan parti itu, Rasid Abu Bakar mengakibatkan pertembungan dengan PKR.

Sekaligus, mengundang pelbagai kecaman daripada akar umbi PKR kerana Muda telah diberikan enam kerusi oleh Pakatan Harapan (PH).

Rasid Abu Bakar akan bertanding enam penjuru dengan Barisan Nasional mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah dan Pakatan Harapan meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain.

Manakala, Perikatan Nasional meletakkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Zukifli Bujang, Parti Pejuang Tanah Air mencalonkan Mohamad Riadz Hashim dan NorRamadan Buan sebagai calon bebas. – 4 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen