[VIDEO] Ceramah PH hambar


Syazwana Amir Hasmizar Hassan

CERAMAH mega Pakatan Harapan (PH) dan Muda semalam menampilkan pemimpin yang hangat seperti Mohamad Sabu, Liew Chin Tong, dan Amira Aisya.

Lokasinya juga menarik, di bilik operasi pilihan raya Kota Iskandar yang terletak di kawasan strategik dekat Skudai.

Namun mega hanyalah pada nama kerana tidak ramai yang hadir ke ceramah tersebut.

Mungkin ia disebabkan sekatan ketat pencegahan Covid-19 yang membenarkan hanya 100 hadirin.

Atau boleh jadi juga kerana pandemik Covid-19 yang menyebabkan kedai-kedai berdekatan tutup 9 malam.

Apa pun, ceramah mega PH yang pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor gagal menarik hadirin seperti sebelumnya.– 2 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen