[VIDEO] Parti Bangsa Malaysia mahu beri peluang belia dan wanita tanding PRU15


Hasmizar Hassan Jeremy Seng Sumardi Susilo Syazwana Amir

PARTI Bangsa Malaysia (PBM) akan membuka peluang buat belia dan wanita untuk bersinar dalam kancah politik, kata setiausaha agungnya Nor Hizwan Ahmad.

PBM merancang untuk meletakkan masing-masing 30% calon muda dan wanita daripada keseluruhan calon yang akan bertanding dalam PRU15 nanti.

“Kami tidak akan letak calon hanya untuk isi kuota yang kami janjikan. Kami akan letak mereka di kerusi boleh menang, supaya mereka boleh menang dan menjadi pemimpin yang dipilih oleh rakyat,” katanya. – 12 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen