[VIDEO] Masih ramai terperangkap dan kelaparan di Taman Sri Muda
SELEPAS berjam-jam terperangkap dalam banjir penduduk Taman Sri Muda masih ramai lagi terperangkap di kediaman mereka. Antara kawasan yang kritikal di Seksyen 25, 24 dan 23 kerana ada yang terperangkap sejak Sabtu.
Ditambah pula keadaan cuaca tidak menentu dan paras air yang tinggi menyukarkan usaha menyelamatkan mangsa banjir. Tinjauan The Malaysian Insight malam tadi melihat paras air yang tinggi hingga menenggelamkan lebih 100 kenderaan.
Terdapat mangsa yang menjerit meminta bantuan di atas bumbung rumah meminta bekalan makanan asas dan minuman.
Ada diantara mereka yang tidak makan lebih 24 jam.
Hampir seluruh kawasan di situ diliputi minyak daripada minyak petrol yang bocor dari kenderaan yang ditinggalkan.
Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari berjanji kesemua penduduk akan dapat diselamatkan dan dipindahkan ke PPS sekurang-kurangnya hari ini. – 20 Disember, 2021.
Komen