[VIDEO] 4 Adun Melaka lompat bakal tewas, kata penganalisis
KESEMUA empat Adun Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Melaka bakal dihukum rakyat sekiranya bertanding sekali lagi, kata penganalisis.
Penganalisis politik Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi memberi contoh kerusi Dun Pantai Kundor dan Sungai Udang sukar dimenangi memandangkan parti yang menang sebelum ini adalah BN dengan majoriti agak besar.
Malah, Adun yang lompat juga kini mempunyai masalah untuk menggunakan logo parti yang stabil kerana telah membuat kecoh dengan menarik balik sokongan terhadap kerajaan. – 6 November 2021.
Komen