[VIDEO] Mahkamah pulangkan sementara pasport Najib untuk ke Singapura


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

SELEPAS Rosmah Mansor, suaminya bekas perdana menteri Najib Razak akan ke Singapura untuk menziarahi anak perempuannya Nooryana Najwa yang dijangka akan bersalin.

Mahkamah Rayuan membenarkan pasportnya yang ditahan dikembalikan sementara.

Menurut peguambela Najib, Muhammad Shafee Abdullah, Najib memohon untuk mengambil pasportnya pada 20 Oktober lalu untuk diperbaharui kerana sudah tamat tempoh.

Najib juga hanya akan terbang ke Singapura pada 3 November, selepas membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat sehari sebelum itu.– 18 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen