[VIDEO] Mahathir kecewa kabinet lantik orang lama, hanya pandai bercakap
BEKAS Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik senarai lantikan kabinet Ismail Sabri yang disifatkannya tiada beza dengan kabinet Muhyiddin Yassin.
Malah muka-muka baharu yang diangkat seperti Shahidan Kassim dan Noh Omar juga mengecewakan kerana tidak pandai melakukan tugas sebagai menteri.
“Orang yang macam Shahidan. Mereka boleh cakap tapi nak buat kerja tapi saya dapati bahawa tiada tekanan macamana nak kurangkan kes berkaitan Covid-19.
“Masalah rakyat menderita tak nampak satu pun tindakan, saya kecewa kerana tiada yang berubah. Sama saja,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu. – 27 Ogos, 2021.
Komen