[VIDEO] Aktivis akan terus berhimpun selagi Muhyiddin enggan berundur
SEKUMPULAN aktivis tidak akan berputus asa untuk menuntut Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan akan terus berhimpun.
Jurucakap Sekretariat Solidariti Rakyat Ashraf Sharafi sebaliknya mengecam tindakan pihak polis yang menyoal siasat mereka yang mahu menganjurkan perhimpunan #Lawan pada 21 Ogos ini.
Tujuh aktivis daripada Sekretariat Solidariti Rakyat disoal disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kesemua mereka selesai disoal siasat selama lebih satu jam di IPD Dang Wangi. – 13 Ogos, 2021.
Komen