[VIDEO] NGO desak parlimen bersidang Jumaat ini, gesa PM buktikan majoriti


Jeremy Seng Fikri Ghazali

GABUNGAN Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memanggil semula Parlimen pada hari Jumaat dan bukannya pada bulan September.

Satu memorandum dihantar ke Istana Negara oleh gabungan tersebut mahu Muhyiddin membuktikan bahawa dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk mengesahkan kedudukannya sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan Perikatan Nasional.

Memorandum itu adalah yang kelapan diserahkan oleh gabungan itu sejak pemerintahan Muhyiddin mengambil alih pemerintahan. – 11 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen