[VIDEO] Persenda Agong? Fahmi Fadzil buat laporan polis terhadap Zuraida
SATU laporan polis dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Mohamed Fadzil terhadap Zuraida Kamaruddin kerana didakwa menghina Yang Di-pertuan Agong Sultan Abdullah Shah.
Pengarah Komunikasi PKR itu mendesak pihak berkuasa menyiasat Zuraida yang kini menjawat jawatan menteri dalam kerajaan.
Kenyataan Zuraida yang merupakan bekas Naib Presiden PKR didakwa bersifat hasutan pada 2 Ogos lalu dalam satu wawancara khas menerusi panggilan telefon bersama Astro Awani. – 4 Ogos, 2021. -
Komen