[VIDEO] Buka ibu kota jika 80% warga KL lengkap dua dos vaksin - Annuar
MENTERI Wilayah Persekutuan Annuar Musa akan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen dari Kuala Lumpur bagi membincangkan perancangan Kuala Lumpur setelah mencapai imuniti kelompok.
Setakat ini, hampir 80 peratus warga Kuala Lumpur telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menurut Annuar, berdasarkan jumlah itu beliau yakin Kuala Lumpur akan mencapai imuniti kelompok seawal Ogos dan tidak menolak kemungkinan untuk membuka semula ibu kota. – 15 Julai, 2021.
Komen