[VIDEO] Muhyiddin, Anwar menghadap Agong di Istana Negara
PERDANA Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah pagi tadi dan beredar selepas pertemuan beberapa jam.
Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.
Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.
Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara kira-kira jam 10.37 pagi tadi.– 9 Jun, 2021.
Komen