[VIDEO] Elak dijangkiti semula, bekas pesakit Covid-19 perlu divaksin


Fikri Ghazali

KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bekas pesakit Covid-19 juga perlu divaksin untuk mengelakkan daripada dijangkiti semula.

Walaupun pesakit telah sembuh, namun tidak diketahui sejauh mana tahap imun pesakit tersebut mampu bertahan.

Namun katanya panduan klinikal yang disyorkan bagi individu yang telah sembuh perlu menunggu tiga bulan selepas pulih sebelum divaksin.

Ini kerana pesakit masih mempunyai antibodi melawan virus tersebut. – 3 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen