[VIDEO] Rosak jika bentuk gabungan lepas pilihan raya, kata Dr Mahathir


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

KERAJAAN yang lemah akan terbentuk jika parti politik hanya mengusahakan kerjasama selepas menang pilihan raya, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, ia perlu dibentuk lebih awal untuk mengelak kejadian tidak diingini yang boleh meruntuhkan kerajaan, katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.

“Rosak. Sekarang ini ada lapan buah parti. (Itu parti) Melayu sahaja. Yang parti lain ada lagi banyak,” katanya.

Kesemua parti kecil ini tidak mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan dan akan mengemukakan pelbagai tuntutan bagi membentuk gabungan baharu, katanya. – 22 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen