[VIDEO] Suku Mah Meri di Bagan Lalang enggan pindah


Raevathi Supramaniam Jeremy Seng Fikri Ghazali

BIARPUN dipaksa berpindah, Suku Mah Meri di Bagan Lalang, Selangor mahu tetap mempertahankan kampung mereka.

Keputusan dicapai selepas pertemuan dengan jawatankuasa Majlis Peguam mengenai hak Orang Asli pagi semalam bagi mendapatkan kefahaman mendalam mengenai hak tanah mereka.

Tanah tempat perkampungan itu dimiliki pejabat tanah dan daerah Sepang serta Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).

Pada 20 April, 36 penduduk kampung diberi notis pengusiran dan diberi masa sehingga 20 Mei untuk mengosongkannya. – 21 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen