[VIDEO] Pekerja J&T mohon maaf


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

TUJUH pekerja syarikat kurier, J&T Express (J&T) Perak membuat permohonan maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang videonya tular di media sosial.

Mereka meminta maaf dalam sebuah video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook J&T Express Malaysia-Perak.

Salah seorang daripada pekerja turut menafikan terdapat isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.

Terdahulu syarikat yang namanya sedang meningkat naik itu memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung video membaling barang yang tular di media sosial. – 8 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen