[VIDEO] Kes Covid-19 setakat 11 November | 822 kes baharu, 2 maut


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

TERDAPAT 769 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya adalah sebanyak 31,073 kes.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari, terdapat peningkatan kes baharu iaitu 822 kes dimana 7 kes import. Justeru, jumlah kumulatif kes adalah 42,872.

Di Sabah terdapat 259 kes dari 44 kluster sedia ada dan 12 kes daripada kluster baharu iaitu kluster Haven, karamunting dan saga.

Selangor pula terdapat 178 kes yang mana 48 kes baharu dari Klang.

Selain itu, terdapat dua pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 302 kes. – 11 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen