[VIDEO] Pembangkang tolak Belanjawan 2021


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

AHLI Parlimen Pembangkang enggan menyokong Belanjawan 2021 kerana beberapa isu yang tidak jelas terutamanya darisegi unjuran pendapatan, peruntukan untuk Covid-19 dan amalan perakaunan yang tidak jujur.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyokong cadangan Belanjawan dibentangkan kerajaan sekiranya ia benar-benar membantu dalam pemulihan Pandemik Covid19.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuka perbahasan atas Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada Jumaat lalu.

Belanjawan 2021 di bawah Kerajaan Perikatan Nasional merupakan belanjawan terbesar yang pernah direkodkan.

Ia akan melengkapkan RM305 bilion yang disediakan kerajaan sejak Mac lalu dalam bantuan kewangan berkaitan Covid-19 di bawah pelbagai inisiatif seperti Prihatin dan Penjana.– 9 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen