[VIDEO] Ada apa dengan Belanjawan 2021?


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

BELANJAWAN 2021 di bawah Kerajaan Perikatan Nasional merupakan belanjawan terbesar yang pernah direkodkan.

Ia akan melengkapkan RM305 bilion yang disediakan kerajaan sejak Mac lalu dalam bantuan kewangan berkaitan Covid-19 di bawah pelbagai inisiatif seperti Prihatin dan Penjana.

Antara yang diumumkan ialah pelepasan cukai individu sehingga RM3,000.

Untuk mereka yang hilang pekerjaan, kerajaan membenarkan mereka mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

RM500 boleh dikeluarkan untuk tempoh setahun. Ini adalah tambahan kepada had RM6,000 yang dibenarkan melalui skim i-Lestari sebelum ini, katanya.

Untuk golongan belia 18 hingga 20 tahun pula, kerajaan akan memasukkan RM50 ke dalam e-dompet. – 6 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen