[VIDEO] Kerajaan akan isytihar darurat tangguh PRU
KERAJAAN tidak mempunyai rancangan untuk mengusulkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuaan bagi menangguhkan pilihan raya dalam wabak sebaliknya akan memilih untuk mengusulkan darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.
Untuk mengusulkan pindaan tersebut, jelas Takiyuddin ia tidak bersesuaian dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjawab soalan Mahdzir Khalid Ahli Parlimen BN Padang Terap, yang bertanya sekiranya kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik Covid-19.
Semalam rakan Takiyuddin di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan mengkaji kemungkinan menggubal undang-undang baharu untuk itu. – 3 November, 2020.
Komen