[VIDEO] Kes Covid-19 23 Oktober, 2020 | 710 kes baharu, 10 kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak 710 kes baharu telah dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 24,514 kes.
Dukacita dimaklumkan terdapat 10 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 214 kes.
Selain itu KKM juga memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu, Kluster Samudera, Kluster Palma dan Kluster Jaya. – 23 Oktober, 2020.
Komen