[VIDEO] Ibarat dipukau, wang simpanan lesap RM170 ribu
KERAP kali, malah saban hari kita dihidangkan baik di dada akhbar atau portal berita dengan kisah masyarakat menjadi mangsa penipuan atau dalam kata lain wang simpanan lesap.
Statistik dari Polis Diraja Malaysia PDRM mendapati, dari Januari 2020 hingga Oktober 2020, pihaknya telah menerima sebanyak 2 ribu 626 aduan dengan jumlah kerugian sebanyak 165.1 juta ringgit.
Sindiket penipuan ini licik kerana mereka menggunakan taktik ‘menekan’ mangsa secara psikologi kononnya terbabit dalam kesalahan jenayah atau mempunyai masalah kewangan.
Baru-baru ini seorang ibu tunggal terpaksa berputih mata apabila duit simpanan dia dan arwah suaminya lenyap sebanyak Rm170 ribu dalam tempoh kurang dari sebulan.
Ikuti kisah lelaki ini yang berkongsi pengalaman tragis dialami bunya sendiri. – 23 Oktober, 2020.
Komen