[VIDEO] Pemimpin Umno sokong gencatan politik
UMNO menangkis laporan mendakwa parti itu mengubah sikap dan menjalankan gencatan politik disebabkan pemberontakan dalaman ke atas presidennya Ahmad Zahid Hamidi.
Setiausaha agungnya Annuar Musa menjelaskan, keputusan melakukan gencatan politik tersebut mengambil kira pandangan semua pihak dan memuji Zahid kerana membuat keputusan mengutamakan rakyat.
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengulangi pendiriannya, menolak semua bentuk kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan sekutu Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menggantikan kerajaan sekarang. – 22 Oktober, 2020.
Komen