[VIDEO] Kes Covid-19 21 Oktober, 2020 | 732 kes baharu, 6 kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan bilangan kes baharu positif COVID-19 sebanyak 732 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 2 sebanyak 22,957 kes.
Daripada 732 kes yang dilaporkan, 724 kes merupakan penularan di dalam negara, manakala 8 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara.
Dukacita dimaklumkan terdapat 6 pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 199 kes.
Selain itu, 8 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Basung, Kluster Inai, Kluster Tempayan, Kluster Long, Kluster Cahaya, Kluster Bah Kota, Kluster Melati dan Kluster Bina Labuan. – 21 Oktober, 2020.
Komen