[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 12 Okt | 6 lagi kluster baharu
SEBANYAK enam lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di negara ini, melibatkan dua di ibu negara manakala Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya masing-masing satu kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster baharu di Kuala Lumpur ialah Kluster Baiduri dan Kluster Bah Perdana manakala Kluster Kolong di Sabah dan Kluster Bah Tropicana di Selangor.
Kluster Rinting dikesan di Johor manakala Kluster Bah Kasturi di Putrajaya, katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini. – 12 Oktober, 2020.
Komen