[VIDEO] PRK Batu Sapi boleh tangguh jika darurat, kata SPR


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

KERUSI Parlimen Batu Sapi boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytihar sebagai kawasan darurat dalam zon merah.

Pengerusi Abdul Ghani Salleh bagaimanapun berkata pilihan raya perlu diteruskan dalam tempoh 60 hari mengikut perlembagaan sekiranya Batu Sapi tidak diisytihar sebagai zon merah.

Sehingga semalam, data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan daerah Sandakan yang meliputi kawasan parlimen Batu Sapi kini diletakkan dalam zon merah dengan 152 kes sehingga semalam. – 9 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen