[VIDEO] Hormati privasi Azmin, kata pegawai kanan
SELEPAS kecoh dengan khabar angin Mohamed Azmin Ali positif Covid-19, pegawai kanannya Hilman Idham meminta orang ramai bertenang dan menghormati privasi menteri kanan ekonomi.
Hilman Idham yang menulis di laman Twitter bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan spekulasi Azmin dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari berkempen PRN Sabah.
Jawapan Hilman menyusul spekulasi yang berlegar di media sosial kononnya Azmin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin positif. – 7 Oktober, 2020.
Komen