[VIDEO] Kes Covid-19 5 Oktober, 2020 | 432 kes baharu, Menteri Agama positif
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 432 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,813 kes.
Daripada 432 kes yang dilaporkan, 429 kes merupakan penularan di dalam negara, manakala 3 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad mengesahkan beliau kini menjalani rawatan positif Covid-19. – 5 Oktober, 2020.
Komen