[VIDEO] Dr Mahathir tak dapat terima Muhyiddin


Fikri Ghazali

BEKAS Perdana Menteri DR Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dapat menerima Muhyiddin Yassin yang menurutnya telah kembali kepada cara lama untuk melakukan sesuatu.

Dalam satu temubual media tempatan, Dr Mahathir berkata bahawa Muhyiddin telah meninggalkan prinsipnya dan menerapkan strategi yang sama seperti digunakan Najib Razak.

Jelasnya lagi, Muhyiddin sebagai perdana menteri sedia bekerjasama dengan pemimpin Umno Najib Razak yang telah disabitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana “politik lebih penting dari prinsip”.

Pada masa sama Dr Mahathir mengakui beliau tidak mampu untuk mencabar majoritinya di Parlimen kerana pembangkang berpecah atas pilihan calon perdana menteri.

Dr Mahathir tidak percaya pemimpin pembangkang dan sekutu Anwar Ibrahim mendapat sokongan seperti yang didakwa minggu lepas kerana jelas Dr Mahathir, menerima banyak tentangan dari pelbagai pihak.

Muhyiddin yang bersama Dr Mahathir mengasaskan Bersatu dan memenangi pilihan raya 2018 mengambil alih jawatan perdana menteri pada Februari selepas membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan untuk bersekutu dengan Barisan Nasional.

Sementara itu Dr Mahathir telah menubuhkan Pejuang, sebuah parti Melayu lain yang terdiri daripada kumpulan bekas ahli Bersatu.  – 5 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen