[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 25 September | 107 kes tempatan
TERDAPAT peningkatan kes baharu iaitu 111 kes dimana 107 adalah kes tempatan. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan covid-19 adalah sebanyak 10,687.
Daripada 107 kes penularan di dalam negara, 76 kes adalah warganegara Malaysia dan 31 kes adalah bukan warganegara.
97 kes dikesan di Sabah yang mana 74 kes daripada Kluster Bangau-Bangau dan 13 kes daripada Kluster Benteng LD. – 25 September, 2020.
Komen